FAIZAL & HANA : banquet hall, UPM 9th July 2011

This slideshow requires JavaScript.

Faizal & Hana…nice couple, seronok shooting ngan diaorg nie…sporting..memola mmg la malu…biasala kan..


ADRIAN & LINA : Balai Perdana Felda, Jln. Semarak, K.L

25 Jun 2011 – Balai Perdana Felda

Majlis resepsi sebelah lelaki pulak.

This slideshow requires JavaScript.


ADRIAN & LINA :Duchess Place, Jln. Ampang

This slideshow requires JavaScript.

3-4 jun 2011, Duchess Place Ampang

…tempat unik…susah sikit nak cari sebab tersorok tempat dia kalau tak betul betul cari memang tak jumpa

happy couple…


RAMADHAN YANG DI RINDUI

lama dah tak mengupdate kat sini…bukan apa ide tak ada. mmmph…pejam celik pejam celik..tak berapa lama lagi dah posa…persiapan entahlah…lama jugak merinduinya…setahun…dah datang kembali…aku pun tak tahu lah apa yang nak cakap lagi…terharu jugak aku bila mengenangkan kehadiran bulan yang mulia ini…macam macam yang nak diingat…entah kenapa sebak pulak aku…isshh…banyak dosa mungkin atau takut tidak kesampaian..untuk memohon ampun pada emak pada ayah…untuk anak anak ayah…ayah menyayangi kalian tapi ayah tak pandai nak tunjukkan kat ngkorangdan buat buat isteri abang percayalah yang kasih sayang abang padamu masih utuh dan takkan berubah biar apa jua yang datang…husshh..dah la tu selamat menyambut ramadhan yang mulia


HIJRAH ADALAH PENGORBANAN

Kita ni adakala kat Utara adakala kat Selatan nanti pulak kita lupa yang kita ni kat atas..tapi akan kebawah jugak…sekarang aku dah berhijrah…dari sana ke sini… tenang la jugak…tempat baru semangat baru serba serbi baru…idea pun baru…ntahlah skrang ni aku x berani nak cakap…apakah perlu beri kepujian dulu atau aku senyap jer dulu…tengok dan lihat… bukan apa aku x nak buat kesilapan macam dulu lagi…belum apa apa dah puji melambung lambung pastu yang terduduk sapa..?? akuuu…jugak…hehehe…x pe la biarla mereka dengan anganan mereka…

 


FOTOGRAFI : Tatabahasa yang terbentuk

Apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan imej fotografi? Adakah ianya sekadar keayuan atau ketampanan sebuah potrait atau kemerahan senja dan kebiruan landskap? Atau hanya sekadar kenangan indah bersama seseorang atau pahit? Atau pelbagai lagi interpretasi nya?

“Imej bermaksud sesuatu yang terhasil dari gabungan tiga komponen yang dirakam, di mana tiga komponen itu disebut dan dikenali sebagai sabjek, pegisian dan bentuk.” – Ocvirk et.al.,2002, pp 12-15.

Kemusykilan mungkin menerpa dalam fikiran tetapi ada benarnya. Kerana jawapannya terletak pada cara kita memahami dan mengenali pembinaan struktur tatabahasa dalam bahasa fotografi. Dimana ia berkait rapat dengan kandungan imej untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan.

Berbalik kepada penyataan yang diatas gabungan tiga komponen tersebut adalah berkait rapat antara satu sama lain.

Sabjek boleh ditakrifkan sebagai perihal sesuatu imej atau berkenaan intipati imej dan lebih tepat lagi maksud yang dibawa oleh imej tersebut. Sesuatu persembahan itu tidak semestinya dapat dilihat dengan jelas dan tepat, sehingga terkadang ianya seolah tidak kelihatan didalam imej atau membawa maksud kabur, diantara nyata dan tidak iaitu yang bercorak abstrak. Sabjek yang dapat membawa pemerhati kepada sesuatu yang menjangkaui pemikiran, adalah sesuatu imej yang berjaya dalam mangaplikasikan setiap ruang yang terdapat di hadapan mata perakam disamping mempunyai daya tarikan yang tersendiri sehingga menjadikan pemerhati terdorong ke dalam sabjek yang di jadikan sebagai maksud penceritaan.

Setelah dapat kita mengenal pasti akan sabjek, tidak cukup kiranya tema atau cerita itu tanpa pengisian imej. Pengisian imej (subject matter), adalah sesuatu perkara yang boleh dilihat atau sebaliknya yang sebahagiannya terdiri daripada orang, benda, binatang dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi penggabungan tema dan perihal imej supaya dapat ianya berkomunikasi dengan pemerhati atau penonton.Sebagaimana sabjek tadi maka pengisian juga membawa beberapa maksud yang berasingan dalam perkataan samada secara telus atau samar dan maksud yang tersurat dan tersirat secara subjektif dan objektif.

Bentuk pula adalah penggabungan antara kedua komponen yang diatas, kerana dengan sabjek dan pengisian maka bentuk akan dapat dikenalpasti dan wujudlah imej yang telah direncanakan dan ditetapkan, dimana ianya adalah  rangkuman komposisi atau pun beberapa bentuk yang mewakili garisan (line), bentuk (shape), tekstur (texture), nilai (value) dan warna (colours). Untuk itu dengan penggabungan ketiga komponen ini maka terciptalah maksud setiap imej yang dipertonton.


FOTOGRAFI : kesenian yang kabur

Penghasilan sebuah foto adalah sebuah karya kesenian yang merakam ekspresi, emosi dan beberapa aksi kehidupan dan alam benda statik. Setiap satu penataan diarah oleh pengarah dan sutradara itu sendiri yang mana arahan tersebut merangkumi setiap pandangan mata dan akal serta kreativiti atur letak dan susunan untuk menonjolkan pemerhatian dan hasil yang boleh diterima oleh akal.

Mata memerhati dan apa yang dilihat melalui lensa adalah ibarat sebuah padang permainan atau pun pentas yang lapang menunggu masa untuk meletak atau merias kekosongan tersebut.

Bila mula mata menilik sabjek, yang pertama sekali pencarian adalah cahaya, tempat yang terang tetapi apakah kita mengenali sabjek tersebut, bagaimana untuk menjadikan imej yang dirakam tersebut  kelihatan mengagumkan dan menarik. Pengkisahan bermula bila pengamatan mata mencari sabjek dan apakah penceritaan yang hendak disampaikan, perlukah atau tidak penggunaan cahaya tambahan (lampu denyar/flash) atau biarkan sahaja diliputi dengan cahaya yang telah sedia ada (avialable light) untuk menghasilkan nilai artistik. Di sini lah kita untuk menilai sejauh mana ketajaman pemikiran kreatif kita untuk membentuk sesuatu cerita atau hasil seni yang menarik.

Situasi yang sebenar sebuah imej itu adalah bergantung kepada bila atau dimana penceritaan itu berlaku.

Fotografi ada keaslian tersendiri. Imej yang terbaik bukan sahaja yang dirakam dengan terang dan jelas tetapi ianya adalah sesuatu bentuk yang dinilai dari beberapa peraturan dan undang undangnya tersendiri yang kebanyakannya sukar nak difahami dan lebih pada pembinaan visual.

“Fotografi adalah sekadar perkakasan jentera untuk meluahkan atau memberikan erti terhadap keghairahan kepada sesuatu maksud” – David Hurn, Magnum Photographer.

Jelas disini bahawa fotografi bukanlah sekadar keinginan picisan tetapi adalah ekspresi yang mempunyai jawapan yang tersendiri. Bukan juga sekadar sudah memiliki kamera maka telah mengaku bahawa fotografi adalah kerja mudah lantas terjadilah dengan apa yang telah berlaku dalam situasi sekarang yang mana kenyataan bodoh sombong para pendokong watak tersebut.

Setiap kerja ada adab dan susilanya, ada garis dan panduannya begitu juga fotografi ianya mempunyai adab susila, garis panduan serta yang sering dilupakan atau kurang diketahui adalah tatabahasanya (grammar). Tatabahasa yang dimaksudkan disini adalah elemen foto.

“Elemen foto adalah umpama tatabahasa fotografi” – Mary Price; The Photography : A Strange, Confined Space.


FOTOGRAFI: Visual yang berkomunikasi

Fotografi adalah satu proses dimana penghasilan sesuatu imej melalui cahaya yang dihasilkan melalui beberapa kaedah dan teknik pendedahan yang tertentu oleh kamera. Fotografi adalah gabungan dari perkataan Photos bermaksud cahaya dan Graphien bermaksud berus lukisan yang berasal dari Greek.

Bidang ilmu fotografi yang selalu dianggap remeh oleh sesetengah pihak adalah sebuah bidang yang memerlukan kemahiran dan kreativiti yang bukan semua pihak boleh mengendalikannya. Ianya adalah sebuah media bisu yang boleh berkomunikasi sebagai penyampai maklumat ilmu dan informasi. Cara mengaplikasikan sesuatu penceritaan itu memerlukan kan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit disamping kemahiran dan pengiraan pencahayaan disetiap sudut. Kemahiran ini untuk sepanjang hayat dan boleh dirakam dan digunakan dalam banyak situasi.

Sesetengah daripada kita kurang mengambil berat tentang kepentingan fotografi ini. Kita lihat dari sudut sejarah yang mana setiap detik dan peristiwa tanpa bukti secara visual adalah sukar untuk diterima oleh akal kecuali ia berlaku didepan mata,  bagaimana pula dengan yang jauh di mata? Jadi jawapannya adalah dengan komunikasi visual. Pun begitu masih ramai yang tidak dapat menerima kepentingan fotografi dalam kehidupan harian walaupun untuk bahan rujukan dalam pembelajaran peringkat tinggi atau pun peringkat rendah yang memerlukan beberapa subjek perbandingan sebagai rujukan dan alat bantuan mengajar.

Tidak juga dapat dinafikan bahawa foto juga adalah sebahagian dari kepentingan dalam penerbitan, dimana peratusan penggunaan imej dalam sesuatu penerbitan itu adalah tinggi. Sebagai contoh yang paling dekat dengan kita adalah media cetak atau surat khabar yang menyampaikan maklumat kepada keseluruhan dunia. Disebalik penyampaian penceritaan secara visual ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan juga sebagai bahan motivasi diri selain daripada penyampaian mesej dan tarikan daya tumpuan.

Imej yang mendapat daya tarikan dan tumpuan mata yang melihat adalah imej yang mempunyai beberapa ciri yang perlu ada bagi setiap penghasilan fotografi, antaranya adalah cara kita menggubah subjek atau menyusun atur kedudukan supaya setiap apa yang hendak di rakam mestilah kemas dalam ertikata mempunyai komposisi dan keseimbangan dalam persembahan.

Foto membawa mesej penyataan “Ini lah kami semasa……” menunjukkan kekaguman, emosi. Setiap hasil cuba dipersembahkan dengan jelas, penuh makna dan logikanya. Tidak juga memerlukan perkakasan yang mahal dan tidak semestinya dengan pengetahuan teknik, tetapi cuba tanya “ apa yang diperhatikan dan bagaimana kita melihatnya.”


Nazrul & Mastura 3


Nazrul & Mastura 2

This slideshow requires JavaScript.

satu aribulan lapan dua ribu seplo…kompleks tabung haji kelana jaya…


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.